Assalammualaikum dan hai
Seperti tajuk di atas, harini aku nak share pengalaman aku interview jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred 19. Pertama sekali apa yang aku tulis ini hanyalah pengalaman aku pada sendiri pada hari kejadian dan tujuan aku share ini untuk sesiapa juga yang seperti aku sedang melakukan persiapan untuk menghadapi temuduga.
Jawatan PPM ini sebenarnya aku apply under SPP di website SPP sendiri. Ia bukan under SPA. Pada awalnya aku agak terkejut sebab aku dapat peluang ini. Yalah dah habis belajar lepastu nak kerja kan, kerja pula sekarang susah nak cari sebabkan covid and ada la beberapa masalah peribadi hu hu hu. Aku apply masa bulan 1 macam tu itu pun saja saja je apply. Dalam hati macam "tah tah tak dapat kot..." sebab yalah bukan aku sorang je nak kerja kerajaan kan uhuk. Tup tup dapat SMS. Yeee SMS mesej suruh check keputusan interview camtu macam suruh klik link. Dan bila klik kena isi no. IC and Alhamdulilah interview tu sebulan daripada tarikh aku check.
Maka bermulalah kelam kabut nak prepare fail, baca tips tips from Google and buatlah research sikit yang jawatan ini pasal apa sebenarnya.
Dari segi persediaan aku prepare dari sususan fail sebab sebelum ini aku pernah interview SPA tapi fail aku tak semenggah yeeee. Panel tupun macam tak impress je dengan fail aku ><. Susunan fail aku buat macam kat bawah:
1. Page first letak gambar passport, nama penuh and no. ic
2. Jawatan yang ditemuduga
3. Resume
4. IC.
5. Sijil lahir
6. Sijil SPM
7. Sijil berhenti sekolah
8. Sijil MUET
9. Sijil diploma/transkrip
10. Kelayakan MQA (yang ini boleh check di website MQA)
10. Seterusnya sijil2 berkaitan
Kalau diikutkan jawatan yang aku apply ni overqualified dengan tahap pendidikan yang aku ada. Even masa semak senarai sijil apa semua tu, setiausaha tupun ada mention ehehe. Tapi aku pergi je sebab aku anggap as experience and parents pun Go For It!.
Perlu ke nak susun fail ikut turutan di atas? Bagi aku YES!perlu untuk memudahkan panel temuduga untuk semak kita punya fail dan aku ada baca juga orang share yang kalau temuduga kerajaan susunan fail kena ikut macam ni macam ni macam tu gayanya ππ. So aku pun buat la satu satu ikut ururtan since aku pun ada banyak masa untuk prepare.
Masa klik link yang dia text tu dia ada sertakan sekali tarikh, tempat dan waktu temuduga and panduan atau borang yang kita kena isi macam tampal gambar berukuran passport, kena sediakan salinan ic semua tu. So just fotostet je and prepare siap siap apa yang dia minta. Kalau boleh siap asingkan sekali macam sediakan dalam satu envelope khas.
Interview aku pukul 8 pagi. Yesss 8 pagi and aku bertolak dengan ayah pukul 6.30 macam tu untuk sampai ke Putrajaya untuk elakkan kesesakan. Almaklumlah aku punya tarikh ini jatuh pada bulan puasa minggu pertama so biasanya lepas sahur siapa yang kerja travel jauh mesti gerak lepas sahur. Sampai sampai je memang just nice tau masa. pukul 7.35pagi macam tu. Nasib baik sampai awal ada parking. Blok SPP tu dekat F9 parking pulak sebelah tu je parking dewan serbaguna. Easy.
Bila sampai sana kena beratur. Ramai juga ya. Sementara nak tunggu kena panggil masuk ikut bilik, (aku bilik No. 7 untuk PPM) dia suruh keluarkan siap siap senarai semak dokumen salinan. So penting kalau kita asing siap2, takdalah gelabah nanti. Yelah dahlah nervous nak interview tambah lagi dengan nervous kalau tengok dokumen tak lengkap ><. Aku tunggu lama jugak tau nak dekat pukul 9 baru masuk untuk dia semak dokumen. Itu belum masuk bilik temuduga. Masuk bilik untuk ditemuduga dalam pukul 10.30 pagi.
Interview ini diadakan sekali 6 orang dalam satu masa. Dia tak interview sorang sorang. Panel temuduga time tu 2 orang wanita. So soalan pertama yang dia tanya macam biasalah perkenalkan diri dalam 1 minit. Kat sini kita just introduce ourself macam nama penuh, umur, tinggal kat mana and tengah buat apa/kerja apa sekarang. Lepas semua keenam enam orang selesai soalan pertama dia proceed soalan kedua. Soalan kedua dia tanya bakat or skill yang kita ada. Basically dia nak something new from us. So orang sebelah aku dia suruh menyanyi ha ha ha. Kalau dia suruh nyanyi kau nyanyi la. Just bersahaja. Time dia suruh tunjukkan bakat tu kau jual la diri kau sikit. Tapi kenalah related dengan jawatan ini. Ada yang cakap ramai anak buah, ada yang pandai menjahit, berkebun. And panel temuduga sangat baik tau, tak garang pun and takdelah dia suruh buat benda bukan2 punπ
Tak silap aku dalam 3 or 4 soalan je and soalan last dia tanya pasal tugas and sumbangan yang kita boleh bagi kalau kita dapat tugas ini. Kau goreng la sikit ayat best best. Honestly apa yang kau boleh bagi bila kau dapat job ini. Tak kisah pun jawapan apa. Aku rasa dia nak tengok kita punya pendapat and kita boleh bercakap atau tak. Please jangan gugup or nervous snagat sampai tak terkeluar ayat.
Banyakkan praktis dari awal kalau sesiapa yang senang gugup tu. Nak nak time pandemik ni kita memang tak banyak jumpa orang, so siapa yang introvert macam aku mesti sukakan? ha ha ha. Tapi go je okay! Inshallah everyting will be alright. Cakap dengan cermin, kena yakin, banyakkan senyum and make eye contact supaya kita nampak interested setiap kali dia explain and laaaaast sekali berdoa dan tawakkal.
Sekian itu sahaja tips dan pengalaman yang aku dapat share. Goodluck siapa yang nak pergi interview tu hehehe. Kalau dapat tu rezeki kita, kalau tak dapat mungkin ada tempat yang lagi baik and sesuai dengan kitaπ
,u12