Thursday, November 28, 2019

2018 , memory lane

and they said what happened to last year, stay last year...so here goes my summary of 2018:



Januari
  • Aku mengaku pada W yang aku suka dia lebih dari kawan tetapi dia tolak aku atas alasan yang bernas. Aku terima. Kami masih berkawan
  • Pergi pekan Pilah dan makan makan dengan hosmet untuk bukan kali terakhir. Dalam masa 4 tahun satu rumah, baru kali pertama kami ada gambar bersama. Complete 6!. Ya kami w e i r d o s.
  • Alhamdulilah dapat habiskan semua paper walaupun aku dan beberapa rakan yang lain ada tersangkut 2 paper. Lega, inshallah G.o.t (grad in time).
Februari
  • Mohon Latihan Industri (Praktikal) di tempat yang berdekatan dengan rumah. Betul-betul 5 minit dari rumah. Pergi, tapi cuma dapat bertahan 3 hari sebab tak mampu untuk penuhi ekspetasi orang. Sigh.
Mac
  • Praktikal di tempat sebelah ofis Ayah. Seronok. Kadang kadang kami makan sekali. OK, cuma aku rugi sebab tak dapat timba pengalaman sepenuhnya. Kerja aku banyak depan komputer padahal khusus aku lebih kepada apparel and retail. Ini juga kali pertama aku bawa kereta sepenuhnya sendiri  selepas dapat lesen tahun lepas. l o l. Mula mula agak kekok nak park pun senget benget, terlebih kotak kiri/kanan. Lama lama laju berdesup sampai lampu kuning itu sempat sebenarnya ya rakan rakan kalau kita pecut (jangan tiru aksi ini).
  • Peperiksaan MUET
  • Mohon penerapan untuk sambung Ijazah Sarjana muda.
April
  • Praktikal.
  • Temuduga ujian MedSi 
Mei
  • Praktikal
  • Persiapan untuk perbentangan kali terakhir untuk Latihan Industri dari segi logbook, laporan dan mini project dan mungkin kali terakhir jumpa kawan kawan yang lain T.T
Jun
  • Perbentangan Latihan Industri. Pertama kali bentang seorang diri depan pensyarah pensyarah dalam DK200. DK200 stands for 200 seats of people watching you and Alhamdulilah I survived and they like my mini project and so on.
  • Menunggu keputusan peperiksaan akhir. Alhamdulilah lulus. GOT guys🎉🎇!!!
  • Belajar menjahit Baju kurung pesak sepasang 
Julai
  • Belajar menjahit dan mengambil masa 2 bulan untuk siapkan baju dan kain. Almaklumlah first timer.
Ogos
  • Menunggu tawaran penerapan. Alhamdulilah dapat sambung Ijazah 
September
  • Sambung Ijazah dengan kawan kawan noob yang lain. Eh! muka kau lagi >.<
  • Berkenalan dengan rumet baru (untuk satu semester sahaja duduk seiblik). Af, Na dan Sya.
  • Ambil ujian SPA (online)
  • Struggle dengan kehidupan degree. Rasa terumbang ambing sekejap sebab baru nak suaikan dengan suasana baru. Ada satu masa aku jatuh terluka sikit dekat lutut kanan, tak sakit pun tapi mungkin sebab suasana sendu hiba sebak, aku menangis dalam bas sambil rakan rakan gelak dan pujuk aku. Kawan baik dia gelak dulu baru pujuk tau -.-
Oktober
  • Temuduga SPA di Putrajaya. Abah temankan.
  • Mohon UPSI dalam khusus Pendidikan Awal Kanak Kanak
November
  • Permohonan SPA gagal
  • Masih lagi struggle untuk degree, Hari hari jadual keluar 7.30 pagi sampai bilik 7.00 petang. Jadual dia kelas pukul 8 sampai 12 lepastu gap, pukul 4/5 ada kelas balik. Masa banyak habis  dekat facs and ptar (sobsobs)
Disember
  • Permohonan ke UPSI gagal (ini heartbroken teruk)
  • Peperiksaan akhir.
  • Pertama kali buat kejutan sempena harijadi Ayah, tapi reaksi Ayah beshe beshe sebab kantoi dekat part tiba tiba dia nampak kasut aku kat luar rumah. C i s. Bijak!






,u12/Pejabat Kolej Melati

Sunday, November 17, 2019

konflik

Semua orang diam barangkali trauma dengan apa yang terjadi tadi. Aku tidak mampu untuk seka air mata umi. Raut wajah umi nampak kecewa. Abah pula diam dan seperti sedang berfikir panjang. Dia seperti sedang menyalahkan diri sendiri kerana menyerahkan satu satunya  anak perempuan yang dia miliki ditangan orang yang salah.

Aku pula diam tidak berkutik. Lebam dipipi ini bakal mengambil masa dua minggu untuk pulih. Aku tidak tahu bagaimana reaksi kawan kawan tempat kerja apabila mereka melihat muka aku yang seperti 'kanvas' bertompok biru dan merah. 

Emosi dan fizikal aku sakit. Aku masih lagi mencerna apa yang telah berlaku. Sakit sakit pun tetapi perasaan sayang itu masih bersisa. Inilah perempuan bodoh bila sedang bercinta. Disuap janji manis bernama lelak dan dikenyangkan dengan mimpi mimpi fantasi.

Mana mungkin cinta yang selama ini aku pupuk dan baja aku buang begitu sahaja. 6 tahun itu satu tempoh yang panjang. Jika pasangan yang sudah berkahwin, pasti sudah dikurniakan seorang anak berusia 6 tahun. Jika orang yang sedang belajar pasti sudah menamatkan tempoh pengajian dan bergraduasi. Tetapi aku, di dalam satu hubungan 6 tahun masih belum ada hala tuju.

Apa yang aku dapat dari hubungan 6 tahun ini hanyalah sakit dipipi, bibir yang pecah dan pergelangan tangan yang merah. Aku ditunjal kepala, dimaki seperti perempuan sundal dan diikat seperti lembu  atas alasan Cinta dan kerana rasa sayang...

Dua jam yang lalu raut wajahnya masih aku ingat. Kami berdua di dalam kereta merah kepunyaan dia. Dia ditempat duduk pemandu seperti orang yang hilang akal. Matanya merah, dia membentak bentak pada aku seperti anak kecil yang mahukan sesuatu yang aku tidak boleh beri. Berkali kali aku cuba menjawab pertanyaannya berkali kali itu dia menengking menyuruh aku diam. 

Aku disuruh jujur, disuruh berterus terang namun dalam proses itu belum apa apa aku ditendang. Kepala aku ditarik kasar, tudung aku bergerak kebelakang dan anak rambut dibahagian hadapan aku terkeluar. Ketika aku dalam keadaan bersusah payah mahu menjaga aurat, ketika itu dia bertindak untuk 'menyerang' aku dengan lebih kasar.

Demi Tuhan dengan kudrat wanita aku, aku tidak bisa melawan tenaga lelakinya. Sebelum dia mahu melanjutkan lagi perbuatan itu, cermin kereta ini dieketuk oleh ibu bapa aku. Aku berlari keluar memeluk ibu dan menangis dibahunya. Dari celahan bahu ibu, ayah sedang mencuba menahan marah dan menghalaunya dari perkarangan rumah kami serta mengugut untuk tidak datang dekat lagi dari keluarga kami.










it's over...finally it's over because it just one of my nightmare. it feel so real :(

,u12

Saturday, September 28, 2019

another Virgo baby

Baru semalam rasanya Tinis pasang telinga Mummy nak khawin. Mummy kenal Ayah dah lama berkasih sayang apatah lagi.

Baru semalam rasanya Tinis balik teman Mummy dan Makyong pergi Mydin Ayer Keroh beli barang untuk Hari Tunang Mummy, dan baru semalam Tinis jadi pengapit masa tunang Mummy. 
Tinis cuma pegang phone,lipstick dan tisu saja. Phone untuk tangkap gambar Mummy. Lipstick untuk touch up bibir Mummy dan tisu untuk dab dab peluh di muka sekali dengan lap sikit kesan lipstick yang comot. Mummy nervous ha ha ha.

Baru semalam Tinis dapat tahu Mummy pregnant. Alhamdulilah. Kemudian baru semalam Tinis tanya Mummy. "Bila duenya akak?" "Okay tak?". Mummy cakap due nya sama hari lahir Tinis. Kalau gitu Tinis ada gang la! ha ha ha.

Tinis dengan Mummy tak rapat tapi Tinis Mummy dan makyong , kami membesar sejak kecil lagi. Kami macam adik beradik. Darah sepupu.

Kemudian , baru semalam rasanya mereka bagitahu Baby dah lahir. 2 hari lewat seperti yang dijangka. Takpa. Tinis ada gang nanti sambut birthday walaupun Tinis dah tak sambut. Untuk baby Tinis okay ja.



Baby M.
Cicit Wan yang pertama.
Anak Mummy Ayah yang pertama.
Anak saudara Tinis yang pertama.
Si penyeri keluarga.
Baby M.

Tinis doakan baby membesar dengan wau nya...
Tinis sayang baby walaupun Tinis jauh dan baby barely known me like... "siapalah makcik ni.."
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang tulus, 
Tinis-mu

(this was written last year, I hope one day you will find this page)

Thursday, August 29, 2019

my skincare routine -august2019

Penafian (Disclaimer): 
🍋Setiap manusia mempunyai jenis jenis kulit muka yang berbeza. oily, combination (oily & dry), normal and sensitif. Penting untuk tahu awak jenis kulit apa supaya tidak tersilap pakai produk
🍉Saya masih student kadang kadang stupid, produk yang saya guna mostly masih berpatutan untuk student yang penting jangan berlapar untuk skincare, puasa takpa. l o l.
🍎Ini hanya pengetahuan peribadi, suka suka dan catatan untuk masa depan. Saya bukan seorang 'beauty guru', influencer/instafamous. This is based on my general knowledge and what I know. Yang buruk datang dari saya yang baik itu dari Allah Taala.



Proceed...

My skin condition: Sensitive and combination. My T-zone is oily and my cheeks can get super dry but it is still bearable. Sometimes I have red spots on my face due to my eczema.



Rutin A.M.
Cleanser: Xopex (Dr sarankan)
Disebabkan eczema, Dr suruh berhenti guna cleanser and sabun badan yang dulu dan guna ini. Ini kira sabun untuk badan dan muka. Xopex ini tiada jual dimana mana sebab ini memang produk klinik Dr itu sendiri. Tekstur dia lebih kurang seperti Cetaphil.

Toner/Essence: Aloe vera gel Guardian
Aloe vera gel itu dah lama aku amalkan lebih kurang 2 tahun(?). Aku suka pakai aloe vera gel sebab muka susah nak naik miss J (jerawat). Sayang aloe vera gel sebab ada satu masa dulu bila tak pernah skip muka jadi licin macam ontot bayi T.T


Moisturizer: Cerave

Cerave tiada jual di farmasi sini. Aku beli from Instashops. Tekstur dia thick, kalau pakai sikit pun dah memadai. Cuma ada masa ada tempat tempat muka yang kering, aku lebihkan tepek dekat area situ. Kalau kulit oily pun kena pakai moisturizer.

Sunscreen:Wardah
Baru mula pakai dalam 2 minggu macam itu. Sebelum ini dah 2 botol pakai sunscreen Guardian tapi tengah dah masuk botol 3, rasa pedih dan kering setiap kali pakai. Sunscreen wajib pakai 15 hingga 20 minit sebelum keluar rumah dan pakai 2 jari untuk dapat perlindungan maksima dari cahaya UV.

Rutin P.M
Makeup remover: Garnier Micellar water (Pink) / Wetwipes
Selalunya balik dari keluar aku buang sunscreen atau makeup guna makeup remover dulu kemudian baru cuci muka. Wetwipes pula kalau tengah rushing memang tak sempat nak apply cotton pad satu satu so kita tonyoh je wetwipes kat muka T.T

Oil Cleanser: Simple Cleansing Oil
Oil cleansing ini purpose dia untuk bersihkan muka kita lagi dalam, Kalau pakai extra makeup perlu cuci muka dengan betul supaya muka tak senang breakout, even kalau guna sunscreen pun kena cuci dengan cleansing oil.

Cleanser: Xopex with Konjac sponge
Konjac sponge untuk exfoliate muka, buang sel sel kulit mati. 

Moisturizer: Cerave

Try & Error Products:
Rosken Dry skin cream moisturizer (Biru)
Rosken Sensitive skin cream moisturizer (Turquoise)
Sunscreen (Guardian)
Sunsncreen Biore UV Milk (botol putih)
Sunscreen Biore UV Aqua Rich
Aiken moisturizer
Aiken Toner
Aiken Facial Cleanser
Simple Oil Balancing moisturizer
Simple Refreshing Facial Wash
Simple Toner
Simple Hydrating light moisturizer



Yang lain-lain:
Lipbalm: Lipbalm brand Pure.

Sheetmask: Any brand yang tidak pedih, kalau pedih mungkin ingredients dia tak sesuai dengan kulit kita. Kalau permulaan better pakai Hydrating dulu kemudian try yang lain contohnya Brightening sebagainya.

Claymask: Boleh juga nak pakai tetapi lebih sesuai untuk kulit yang oily.

Scrub: Aku pernah try Freeman yang Apple Cider, tapi rasa macam beshe beshe je, entah


Tips:
  • "Mana nak beli produk produk skincare?"
Guardian
Watsons
Farmasi
Shopee
Lazada
Instagram (Instashops)
  • "Kenapa makin pakai produk muka makin teruk?"
Mungkin dalam ingredients produk itu atau produk itu sendiri tak sesuai dengan kulit muka awak c y s t. Kalau dah terlalu teruk please stop guna and consult jumpa doktor kulit/pakar. 
  • "Macam mana kalau ada jerawat besar baru tumbuh?"
Guna acne patch. Acne patch ni letak dekat kawasan jerawat tu, nanti dia akan sedut puss (warna kuning EeeYekk) itu keluar. Aku pernah try sekali and impress gila. Kalau nak guna acne gel pun ok, nanti dia akan kecutkan jerawat itu.

  • "Saya baru nak berjinak-jinak dalam skincare, apa yang perlu saya pakai dulu?"
Untuk beginner, easy peasy sahaja steps dia iaitu:
Cleanser > Moisturizer > Sunscreen (A.M)
Cleanser > Moisturizer (P.M)
Lepas dah lama lama, baru boleh cuba produk lain dan terpulang ikut jenis kulit muka masing masing.

  • Minum banyak banyak Air masak/putih sekurang kurangnya 2 liter sehari. Siapa yang tak biasa (malas) boleh cuba minum air guna gelas besar/tinggi pastu isi penuh penuh, nanti mesti sayang atau membazir kan kalau tak habis.....kalau aku, datang pula takda semangat nak minum, aku minum pakai metal straw. Feeling fancy overrr tapi nak buat macam mana u.u
  • Makan makanan yang sihat people! Lebihkan sayur dan buah (ini yang mak aku selalu pesan tau)
  • Kurangkan makanan segera keropok keropok ajinamoto ajinaskuter semua itu.
  • Tukar cadar seminggu atau 2 minggu kali, tepuk tepuk sikit bantal tilam. tepuk tepuk amai amai sikit bakteria tu! g i t u W w w
  • Selalunya selepas cuci muka aku lap muka guna tisu, ada orang guna kain tuala terpulang, tapi aku tak yakin dengan tuala tu (trust issues alert) sebab aku suka letak tuala kecil merata (habit) l o l 
  • Kadang kadang aku banyak rujuk dari skincare guru yang terkenal and berpengalaman:
Iman Abdul Rahim 
untuk Kak Iman boleh baca dekat blog dia, tekan link dekat nama

Maisarah Mahmud 
boleh tengok video dia dekat youtube, tekan link juga dekat nama






That's all...and for me, this is just a phase and it shall pass

"Beauty in things exists in the mind which contemplates them."- David Hume 

"No beauty shines brighter than that of a good heart"-Shanina Shaik

"You are a human being and are allowed to be imperfect, and you are allowed to be flawed. There is a lot of beauty in your imperfections, in your uniqueness."- Ileana D'Cruz



,u12

Monday, April 01, 2019

vin rouge

Jam ditangan menunjukkan jarum 10 minit pukul 8. 8pm. Majlis bermula pukul 8pm.
Rambut didandan rapi, Pakaian bewarna merah hati. Ditempah khas dari pereka fesyen lokal. Perinciannya lawa dan kemas. Aku suka bahagian belahan pada peha hingga ke bawah. Kasut tumit tinggi 4 inci aku sarung. Aku bukan peminat tegar kasut tumit tinggi, kalau bukan acara malam ini, mungkin sekarang aku pakai sneakers. Minyak wangi jenama bermula dari huruf S, Antara minyak wangi kegemaran aku, aku sembur. I'm ready!

Malam ini kami-- terdiri daripada aku, Danny, Bella dan 2 lelaki yang aku baru kenal setengah jam yang lalu Fred dan Gee. Mereka berdua kawan Danny atau lebih suka digelar Dan. Kami berempat masih di suatu sudut tempat letak kereta bawah tanah sedang menunggu Bella. Aku mula naik bosan dan tanpa sengaja mengeluh. Dan yang sedang merokok sesekali melepaskan hembusan asap rokoknya mengerling ke arah aku dan sengih " Rilek la, ada 10 minit lagi...tak lari punya barang tu.."

Aku mengalihkan pandangan aku ke arah barang perhiasan di tangan dan jari aku. Aku mengusap perlahan gelang aku. Aku sayang, aku suka susunan batu dan kilauannya setiap kali ia terpantul cahaya. It's freaking diamond, who would'nt?  Walaupun ia hasil haram kerja kami. Haram. Huh. Sejak bila kau kisah pasal haram dan halal. Cincin di jari manis aku putar, sesekali aku keluar dan pasangkan ia semula.

Cincin ini...

"This is nothing but...I taknak you freak out.. this....this is not proposal ring.. but this is promise ring.." Cincin di dalam kotak baldu itu aku usap, aku suka. Dia masih memandang aku dengan pandangan yang mengharap. Dia nervous. Aku jadi geli hati. Aku diam. 

Aku sahaja mahu menguji dia."Kalau.... *berdehem*....kalau you taknak it's okay... silly me..I just...I jalan jalan haritu then I ternampak this beautiful ring and.." belum sempat dia habiskan kata kata, aku usap pipi kanannya dengan telapak tanganku. "I suka.....I suka gila okayy...hahahaha" Dia senyum sampai ke telinga. 

Kedua dua tangan aku dibawa kebibir, dicium dan kemudian dia pandang aku " Wait for me, I..I janji one day, you akan jadi milik I sepenuhnya, I nak you tahu, jauh mana I pergi..." sambil kepala dia dongak ke atas memandang langit ".. I takkan lupakan you, Kita dibawah langit yang sama, bulan yang sama..." pandangannya jatuh ke mata aku.

Tiba tiba dari jauh terdengar suara pecutan roda. Bella sampai. Fred dan Gee yang dari tadi duduk dalam kereta keluar. Bella keluar dari kereta. Rambutnya tersanggul rapi. Pakaian dia lebih kurang seperti aku cuma pada bahagian dada lebih longgar menampakkan bahagian lurah. Belanja

"Asal lambat? Kan kena sampai 10 minit awal". Dia jeling aku " Hmm, chill kay, event tu start pukul 8. Apa masalah you? berkerut, nampak cakey makeup you ". Okay whatever la perempuan.  

Kami berlima semua dah siap sedia. Time to hit the floor baby. Aku betulkan rambut aku. Aku pandang Dan dan sambil melangkah Dan mengenyitkan mata pada aku. Fre dihadapan membuka pintu. Gee di belakang Bella. The rule is simple.

What ever happens tonight just...
don't get caught.





melati 3A/u12,