Monday, August 30, 2021

losing Ayah and missing bik Sofea

Title: A confession from Augustine

I can't put it into words but here we go, I'll try . . .

Anneyong future me, Hello August! I'm back to update

Just when you thought August going to be great. Sike! All you do is just lay around and procrastinate at its best. August for me just . . . gloomy, storm and dark clouds and there this thunder peeking through the big cloud. I couldn't reach my monthly goals πŸ˜– (well actually I did, but just one task) I barely finish one book but here I am ordering the new one on Shopee.

I guess. . . we cannot get what we wanted or wish and sometimes things didn't go as we planned. You know I thought I could be "the main character girl", Augustine.  But then I realized that girls only exist in the fictional world that people create so I don't think I could live on that idea. It was nice and beautiful and sweet but in real life, we need balance, The dark stormy grey rainy days can also be what we need and turned out to be therapeutic (?)

So a lot of things happened in August, yes in a month of 31 days.

I start this entry with one of my relatives, my uncle from my mom's side was tested positive for Covid-19. Things happened so fast that we didn't expect that one day he's fine and the next day he was admitted to the hospital due to a low oxygen level. It was unfortunate for him and his family because they have to quarantine themselves at home. So my other aunties had to go back and forth to send some food and essential things for the kids. And now Alhamdulilah, he's back home to his family.

Last week, we received another unfortunate news from my adopted family, Ibu. Ibu and Ayah were my adopted parents when I was just a toddler. They helped by babysitting my brother and me when we used to live in KL. Ibu's family told us Ayah has died due to Covid-19. The news was too sudden that I couldn't even grasp it in my head. I just lost someone who loves and took care of me in the hands of Covid. I know I barely remember or have memories with them but my mother always told me that Ibu is a lovely person. Even though we are non-blood-related but as far as I remember, they are just like my parents and my favourite uncles and aunties who I always cherished and loved (forever). We had a tahlil for arwah Ayah and at that night I realized deep in my heart, that I wish he didn't die because of Covid. I wish . . . I wish that I could see him and Ibu again in a healthy state so I still have time to visit them. 

Losing Ayah brings me memories back when I lost my uncles, aunties, the elders like NekTeh, Nekcik, and Uncle ( I don't know their real names, this is what we called them) when I was a kid or during a teenager phase. I barely understand and what I feel at that time was sort of normal. It's normal when people are gone or dead, we mourn and the next day, we carry our lives as usual. that is what I used to think. But right now, I feel like whenever I lost people the pain is going to be permanent and I can't stand or bear to lose anyone or acquaintance right now (especially those who are really close to my heart) in the mid of a pandemic where I cannot go to their funeral, saying goodbyes for the last time. It hurts my soul.

I have lost the great people in my life forever, they are gone. . . turn into mist dust or settle in somewhere island, they are not returning as they book a one-way ticket so does that pain of losing I am feeling right now. I hate this feeling, and I hate the realization is brutal and honest.

And tonight, my thoughts suddenly bring me back to my old dear bibik, Bik Sofea. I have no words to write or to say because I'm done writing them in my poem. All the saddest thoughts are about her. 

So that's all from me, I started to think August is probably the longest and the most plot twist month I experienced. LOL. But that's later when I'm ready to tell. Later when I got my sparks back because right now, nothing excites me anymore. I'm looking forward to September being smooth and may Allah Taala ease whatever decision I made.



,u12







Thursday, August 12, 2021

GOT, phone baru, new hobi, vaccinated dan sambung belajar lagi?

Aku mulakan dengan entry ini mungkin hanya sebagai rujukan untuk diri aku yang datang atau aku dari masa hadapan. Masa hadapan bila itu? Entah. Mungkin seketul aku yang ada sesuatu untuk dibanggakan. Huhu. Atau jua untuk sesiapa yang terjumpa ruang sepi ini, sesepi padang pasir yang tandus dan oasis yang masih belum dijumpai orang. But hey, this is my sacred secret place. You found me! Welcome!πŸ˜‡

Jadi soalan seperti tajuk yang tertera di atas:
"Kau tengah buat apa sekarang?"

Pertama sekali, aku sihat. Keluarga kecil aku yang terdiri daripada ibu bapa, adik beradik dan adik bulus aku, kami semua sihat alhamdulilah. Seperti yang negara siap maklum kes di negeri ini masih menjadi kes yang tertinggi di antara negeri-negeri lain. Sejak pandemik melanda selama 2 tahun ini, kami masih begini. Begini maksud aku, tiada apa yang berubah. Abang masih belum berkahwin (brr brr brr Tiberr), adik baru sahaja habis SPM kemudian dapat result cemerlang (1B sahaja yang lain semua A beb! tererπŸ™€)  dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat foundation (asasi). Tetapi disebabkan kami semua masih tidak boleh merentas negeri maka pelajar pelajar pun terpaksa meneruskan ODL (online distance learning) dari rumah. Ya. Belajar melalui alam maya. Siapa sangka internet yang dulu kita layar untuk suka suka sekarang sudah menjadi platform penting untuk semua orang. Let's not go deeper to that ><. 

Aku? Selepas tamat semester 6 tahun lepas, benda pertama yang aku rai adalah perasaan lega. Lega kerana aku tamat dengan jayanya. Bak kata orang GOT (graduate on time). Kemudian perasaan gentar, cuak, sedih dan lain lain berbaur secara perlahan. Ini kerana aku sudah tamat belajar dan semua orang tahu selepas tamat belajar langkah seterusnya mencari pekerjaan ataupun mungkin sambung belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi?. Selama tempoh itu sehingga sekarang aku masih lagi mencari kerja. Namun dengan keadaan sekarang di mana kebanyakan orang dibuang atau diberhentikan kerja agak sukar nak-nak lagi pelajar lepasan universiti seperti aku untuk mencari peluang pekerkerjaan. Tidak semua syarikat mahu mengambil pekerja. Aku fahamπŸ˜”. 

Oleh yang demikian, ibu bapa aku berjaya memujuk hatiku yang degil (Cehh degil la sangat ><) untuk sambung belajar. Bagi aku, sambung belajar ini tersangat-sangatlah big deal okay!. Nak nak sambung belajar dimana negara sedang dilanda virus. Tidak boleh pergi ke kelas berjumpa dengan kawan-kawan, pensyarah. Tidak belajar di dalam suasana kelas yang sebenar. Challenging. Tetapi demi parents, demi harapan mereka aku kuatkan juga hati yang sebesar kuman ini. Fuhh sambung belajar ya....h a h a h a. Yep. Sambung belajar?Dimana? Bidang apa? Setakat ini aku hanya memohon untuk sambung dalam bidang Master dan DPLI. Aku masih menunggu jawapan diantara 2 universiti ini. Sementara menunggu ini aku buat apa? Aku hanya duduk di rumah meringankan beban parents. You know what I meanπŸ‘€. Memasak semua itu aku buat dan tolong sikit sikit mana yang patut. Begitulah kalau anda seorang anak perempuan di dalam keluarga. 

Aku tahu perasaan nak kerja, nak merasa duit sendiri, nak saving dan lain-lain macam kawan kawan aku yang lain. Kadang-kadang boleh overthinking dan sedih seorang-seorang bila fikir. Tetapi aku percaya dengan rezeki yang Allah dah tetapkan. Mungkin rezeki aku buat masa sekarang duduk dengan parents, tolong parents sikit-sikit dan berbakti dengan mereka sementara mereka masih ada dan sementara aku masih belum 'dicampak' ke tempat orang yang jauh entah tidak tahu dimana. Disebabkan Covid, ramai yang telah kehilangan ahli keluarga dengan hanya sekelip mata. Jadi, mungkin aku agak bernasib baik disitu kerana masih dapat merasa nikmat keluarga yang lengkap. Kami sekeluarga masih dapat tinggal dibawah bumbung yang sama. Nikmat.

Oh dalam bulan Mei hari itu, parents tunaikan permintaan aku😍. Sebelum ini aku pakai telefon lama Umi iaitu Iphone5se selepas Umi tukar ke Iphone yang baru. Sekarang alhamdulilah parents belikan telefon yang baru. Kalau diikutkan hati ini, sayang juga nak tukar ke telefon yang baru. Ini kerana Iphone5, sangatlah comel, kecik, ringan dan aku sangat-sangat suka walaupun outdated (ini orang kedai telefon yang cakap ya, sempat dia mengutuk -,-). Tetapi sejak awal Januari tahun ini, kamera belakangnya tidak berfungsi lagi. I t j u s t s t o p w o r k i n g. Aku pun tidak tahu mana silapnya. Sedih beb. Sudahlah sekarang nak masuk mana-mana premis memerlukan imbas qr sebelum masuk. Jadi agak payah disitu ya. Nak-nak lagi apabila ada sesetengah premis sudah mula tidak menyediakan pen dan buku untuk mencatat. Aaaagh. Kalau tidak tulis sia-sia saja kena saman. Err no thanks

Baru-baru ini juga aku agak galak membeli buku. Azam tahun ini kononnya nak membaca lebih dari 10 buah buku. Ini disebabkan bila kita tengok rekod membaca tahun lepas (2020), aku hanya mampu membaca 2 buah buku sahaja. Untuk aku, itu sangatlah πŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž. Bak kata Diva AA "dislike, dislike,dislike". Jadi, aku mula amalkan satu bulan paling kurang aku dapat membaca 2 buah buku. Okay la tu kan ^^. Aku rasa sangat bangga dengan diri sendiri apabila dapat membaca 2 buah buku. Ini disebabkan kalau nak dibandingkan waktu sebelum ini, minat aku terhadap membaca agak merundum. Aku suka membaca waktu sekolah dulu tetapi waktu itu duit pula jadi isu. Tetapi sekarang kadang kadang, terasa masa dan emosi (mood) yang jadi penghalang. Aku sejenis yang kalau tiada mood aku tidak akan buat something itu. Aku akan berhenti dan tukar kepada benda lain. Macam sekarang, aku baru habis layan 3 musim AOT. Aku terpaksa berhenti sekejap untuk menonton musim 4 kerana mood aku kelaut. Kalau aku paksa juga diri ini, sia sia sahajalah. Nanti waktu terbuang sebab tidak fokus dan tidak faham pun jalan cerita.

Apa lagi ya? okay tolong bagi tepukan yang gemuruh dan pujian berbakul kepada gadis ini. Walaupun dia tidak bekerja dan hanya dapat duit belanja mingguan daripada parents beliau, beliau berjaya membayar hutang ptptn setiap bulan. WUHOOooOO!!! *menjerit sekuat hati* gadis ini adalah aku!. Kenapa aku pilih untuk bayar? Mula-mula aku rasa entahlah. Serius, aku rasa macam "Jom jela bayar" atau "Let's go" kind of feeling. Tetapi bila habis je bayar untuk bulan hari itu, tiba-tiba terbit satu rasa atau perasaan puas hati disitu. Ya a freaking satisfaction and pinch of proud. puas hati > gembira. Puas hati sebab aku membayar dengan menggunakan duit saku sendiri (😭). Tiada siapa pun orang dalam rumah ini provoke atau paksa aku membayar *blink twice if you need help LOL*. Tetapi aku terfikir daripada aku membeli-belah di Shopee, membeli barang-barang yang hanya berdasarkan nafsu semata (perempuan dan nafsu shopping πŸ‘‰πŸ‘ˆ) ada lebih baiknya aku sumbang sikit duit itu ke hutang. Nak-nak lagi hutang belajar sendiri. Hutang sendiri kan, takkan nak suruh parents pula bayarkan huhuhu.

Tahu tak akhirnya aku sudah mula mendapat janji temu untuk vaksin. Yayy! lama aku tunggu sejak Februari aku daftar, baru sekarang dia panggil. Alhamdulilah beberapa hari yang lepas aku telah pun lengkap untuk kedua-dua dos. Pengalaman aku pergi vaksin atau kena cucuk selepas beberapa tahun tidak kena cucuk.....cuak. Cuak sebab lama ya tidak berinteraksi dengan orang. Selepas itu rasa teruja pun ada. Terujalah sebab lama tidak keluar rumah selepas itu pergi IDCC untuk kali pertama. Punyalah Allah nak doublekan perasaan cuak dan teruja itu, pada hari aku mengambil dos pertama aku terpaksa beratur selama 1 jam (hamek kau). Aku sampai dalam pukul 6.30 petang dan selesai semua dalam pukul 9.30 malam. Aku pun tidak sangka sebegini lamanya, mungkin negara sekarang sedang mempercepatkan kadar pengambilan vaksin. We are going to herd immunity baby!. Alhamdulilah untuk kesan sampingan vaksin Sinovac aku tidak mengalami apa-apa kesan sampingan seperti demam atau sebagainya cuma aku agak terlebih kebulur ya selepas dicucukπŸ˜‚. I'm not kidding. Even after the second dose, we went to 7eleven to buy some snacks. Mungkin vaksin brand ni agak relax. Selain itu, aku berasa agak letih dan mahu tidur sepanjang hari.

Jadi itu sajalah kot coretan aku pada kali ini. Aku sudah lama rasanya nak menulis macam ini. Aku harap kes covid di negeri ini dapat turun supaya kita semua dapat berkumpul macam tahun tahun sebelum ini. Aku rindu nak berkumpul dan berjumpa dengan saudara-mara, kawan-kawan dan tidak perlu pakai topeng muka setiap kali mahu keluar rumah. Aku rindu semua orang tetapi aku tidak mampu nak bertanya khabar seorang demi seorang. Tiada sebab mungkin covid telah merubah hidup aku untuk menjadi lebih pendiam atau introvert. Obviously aku tidak okay. Tetapi aku perlahan-lahan terima keadaan sekarang. Salah satu sebab aku kurang muncul di sosial media (Instagram) kerana hidup aku sangat dull, boring, meaningless πŸ˜–. dan aku tidak rasa aku sedia berkongsi dengan kawan-kawna sekarang tentang "what's happening in my life right now". Ini kerana aku sendiri merasa nothing interesting happened in my life pun. Aku tidak ada modal untuk berkongsi. Wow ayat! Aku pun tidak tahu mana datangnya thoughts sebgitu. Tetapi percayalah ini apa yang aku rasa sejak aku habis belajar dan sejak virus ini buat kita terpaksa berkurung di rumah. 

But you know, you can always found me and I'm here whenever you need me. πŸ’›
Sekian




,u12