Wednesday, January 25, 2023

2022 recap (Part2): Poster's presentation, bookstagram, Convo-94, coating, final semester T.T

Eh eh eh lah tiba-tiba je dah masuk tahun baru 2023. Hari ini 8 Januari 2023 (time sedang menulis) hakhakhak. Memang dah jadi habit pula eh nak update entry ini tiap kali tahun baru. Haritu punya Part 1 pun meroyan kenapa lah 2022 ni cepat sangat. NOH! know know Happy New Year 2023! aaaaand it has been 8 days huh (?) Fuhhhh *nervous*. Macam biasa lah masuk tahun baru, satu umur dibelakang pun akan bertambah *sobsobsob*. But thing hit really hard when you realized your little brother turning 20 and your older brother will turn to 30 sooon. Dan kau? Stuck la tengah-tengah gitu. Takdalah hits hard sangat tapi tak suka the idea of getting older u.u

So amarilah kita mulakan, let's recap how my other half of 2022 went....

Kalau orang tanya pasal studies? Bro, serious bro I feel like I want to die. Like zapp! Really! Tulis thesis susah. Buat lab work susah. Hidup dah susah. Mati apa lagi susah. Tiba-tiba insaf jap. Astagfirullahalazimmm. Tapi betul lah. Hari-hari merentan kat twitter nak quit nak quit. Know know aku dah masuk semester 3 and it is my last semester pula tu. 

WHAT!!!

Okay jom la kita mula mengupas satu-satu apa yang jadi. Harapnya aku ingat la sebab aku ada catat sikit-sikit. Biasalah memori 1gb je LOL. Aku catat main events, important things je because my real life is so boring. Kalau aku tak tak jadi student sekarang pun probably still boring. 

Kita mulakan dengan Julai. Bulan 7 adalah bulan dimana seketul saya sedang berperang nak siapkan thesis sampai Chapter 4 dan masa ini tengah Semester 2. Semester 2 Coordinator course dah suruh masuk lab and buat lab work. Gerak buat testing sikit sebabnya takut covid case naik balik, so depa suruh student masuk la lab. At least, dapatkan sikit result tu. Unfortunately bagi aku, coating materials yang aku nak itu tak sempat sampai. 

At this point, aku sebenarnya masih mencari method yang sesuai untuk coat. Mula-mula nak guna Padding, tapi bila cakap dengan lab assistant, dia takut mesin tu rosak weh. Yela, kau bayangkan, mesin tu dah bertahun-tahun guna untuk undergrad students and mesin itu lah satunya guna untuk study, kalau rosak kesian pula so amik initiatif lain, cari method yang sesuai. So aku pun jumpa SV and alhamdulilah jumpa la cara untuk coat PU.

Untuk Chapter 4,  Aku sempat buat sampai testing sahaja. Makanya dalam Chapter 4 aku hanya ada table results T.T. Takda discussion or anything. Nada-zero. Tapi its okay, sebab SV kata dorang nak tengok progress kita je. Asalkan kau buat kerja sikit pun dah okay. the real lab work actually starts on Semester 3. Ok selamat nyah. Member aku, selamat dah siap lab work dia, sampai ke penghujung dah member punya experiment. Tinggal nak buat discussion and conclusion je. Seronok tengok orang tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab kita punya tergendala.

Dalam masa tengah buat lab work, aku tengah cari tempat nak lepak buat thesis. Duduk rumah memang sel-sel otak tak berhubung tau. Ku gagahkan jua pergi perpustakaan Shah Alam, yang Pipas tu. Mashallah...first time aku jejak dah fall in love gitu *korean mini heart*. Tempat tu best gila bapok, best gila sebab selesa, sejuk, permandangan view tasik and ada coway!. Air coway itu penting hahah. Cuma nak dislike sikit sebab agak jauh dari rumah kiterrrr. Nak menyampai sana kena harung 4 roundabout baru sampai. Ya. kalau sampai 4 roundabout tu dikira jauh ya rakan-rakan. 

Bila petang pulak jammed. Allahu semangat nyah. So buatlah kerja kat sini. Bulan 7 ni pun adik kiter balik and dia cuti sebab dah habis asasi and nak tunggu sambung degree. Sempat lah dia kerja as guru ganti kimia kat sekolah lama dia sebab cikgu kat sana tak cukup, junior pula nak spm. Yang ini aku pun tak faham, kesian budak-budak tu takda siapa nak ajar. Dia duduk rumah dalam 2 bulan setengah dapat kerja, went interview for medic (online) and sempat juga belajar memandu tapi tak sempat nak test jpj. Best juga adik ada sebab raya haji complete semua family berkumpul. Keluarga kitorang tak ramai, Ada 5 orang jur. Raya Haji biasanya kitorang tak balik kampung, tahun-tahun sebelum covid kitorang pergi berjalan tapi tahun ini lama sangat tak solat di masjid negeri. So pagi raya dapatlah solat kat sana.



Next, masuk bulan kemerdekaan bulan Ogos. Disebabkan covid kan ramai tak boleh turun untuk join perarakan hari kebangsaan. Makanya memang ramai la dekat KL untuk menyambut. Cam biasalah aku tak join hahaha. Aku dan tak sempat sesak sangat tak friend. Cuma viral eh abang abang beruniform. 

"Haaa kau gatal. Aku bagitahu mak kau, kau gatal" - Imranbard.

Bulan ini juga ada jualan gudang Karangkraf. Ya Allah happy tau sebab first time aku pergi. Teringin sebenarnya nak pergi. Dulu masa awal-awal pindah sini pernah pergi sekali. Ingat lagi sampai park kereta kat tengah-tengah jalan atas divider tu LOL. Cuma cam bengong sikit kali ini pergi tak buat kad ahli. Aku tak beli banyak novel pun sebab money obseo awak. Saya kan student, saya bukan anak orang kaya huhuhu lagipun tengah saving untuk pesta buku selangor. Dah aim time PBS nanti nak all out. We'll see, we'll see how. PBS kali ini aku memang ada instinct dorang akan buat kat Shah Alam macam tahun lepas, cuma tak tahu lokasi kali ini dimana.

And oh bulan ni aku sign up akaun instagram for books. Yep for books content saje. Tujuan utama aku buat akaun instagram lagi satu adalah untuk bantu aku memilih dan membeli buku kekekke. Honestly, baca review di Goodread tak membantu sangat pun tau. I need people or author to convince me. Haa gitu overrr. Lagipun aku taknak membeli buku lepastu menyesal sebab tak best la, tak kena dengan tekak la apa la. Taknak ada rasa tak berbaloi bila beli buku. Bookstagram community sangat friendly ya. I feel welcomed and tiber jadi extrovert pula haha extrovert on online jela. Aku dapat buat kawan, share thoughts on books and so on. Ada la geng nak meroyan pasal buku sama-sama kalau tak sebelum ini aku seorang je.



Kini sudah tiba bulan 9 dimana it's my favourite month you allz. Kenapa tah nak fovourite month padahal aku turn one year older kot. Tadi cakap benci jadi tua. hahah. Kecelaruan identiti betul! Ish. Boleh la boleh la favorite month sebab tak sabar nak buat-buat surprise bila parents hadiahkan bouquet. Plus, bulan ini aku convo wehhhhh. After 2 tahun tunggu. Eh yeke 2 tahun? Betul la kot 2 tahun tunggu. Punya lah lama tunggu nak convo sampai aku dah tak excited dah. 

Konvo kali ini sedih sikit tak sehappy time diploma dulu. Mula-mula decide tak nak la pergi convo. Cakap dengan parents taknak pergi. Banyak alasan aku boleh cipta tapi salah satunya ialah sebab kawan-kawan time susah senang buat assignments project, presentation tak convo sekali. Tak sama sesi and tak jumpa dorang time konvo. Masa diploma dulu walaupun tak convo dengan housemate diploma, tapi tak sedih sangat sebab rasa kawan-kawan complete. Tapi kali ini rasa cam hmmm gitulah.

Dan-dan pula time convo la tapak heels aku tercabut you all. Aku sampai awal tau like sebelum pukul 1 macam tu. Bila jalan ke susur gajah nak menuju ke DATC, tiba-tiba heels aku buat hal, tapak belah kanan tercabut. So terpaksalah suruh abang pusing balik rumah, ambilkan heels spare yang nasib baik aku ada. Jadilah punca aku masuk lambat halls tu. Aku dah macam recreate scene dalam hindustan tau. Dalam hujan aku berlari dengan stokin and dah pakai jubah konvo sambil pegang kasut heels baru. Termengah-mengah berlari sampa nak pitam rasa. Biasalah muatan berat LOL.

Tahun ini sambut birthday takda grand-grand pun. Laaah sebelum ini pun tak grand. Kitorang staycation satu malam di PD. Memang tak buat apa pun and memang nothing special. Cuma pergi makan malam dan before balik bilik malam tu pijak pasir then balik tidur.



Penat juga menulis ini. Panjang betul entry kali ini. Nak give up doh tapi haih proceed...
Macam aku cakap tadi cepat betulkan masa berlalu pergi. Eh dah bulan 10. New semester. Maka kita pun fokuslah untuk lab work. Sebelum semester start, nak ke Terengganu hantar adik sambung degree kat Unisza. Ya Allah tiber jekan adik aku dah degree. Mana budak kecil yang suka kacau aku dulu tu? Kali ini naik Ganu, cakap dengan abah 

"Abah, jom kita gerak malam and sampai pagi nak? Teringin nak drive malam-malam" 

Aku kalau boleh cubit mulut aku time tu memang aku nak cubit. Jangan diminta la benda bukan-bukan. Itu mungkin pengalaman pertama dan terakhir aku drive pergi sana waktu malam. Sakit kepala tau. Kitorang Subuh dekat RNR and breakfast di Nasi Dagang atas Tol. Aku rasa itu jela buat aku happy, breakfast. Bila dah habis breakfast tak tahu nak pergi mana sebab checked-in homestay pukul 2. Kitorang singgah masjid, lalu drawbridge and pusing-pusing la sekejap kat bandar. 

Sempat juga lunch before checked-in homestay. Lunch dekat kawasan airport Celup Tepung. Tak ingat dah kedai dia nama apa. Aku rasa area situ kedai celup tepung mana-mana puns sedap. Esoknya pergi pantai di Penarek, Setiu dan muzium Terengganu di Losong. Ramai gila orang kat muzium mungkin sebab cuti sekolah kot. Hari ketiga baru hantar adik daftar and say bye-bye. Bye apis, Belajar medic elok-elok. Nanti nak MC syatuuuuuu lol just kidding!



Ahhhhh what!? Tiber je dah nak hujung tahun. Dia macam pejam celik pejam celik eh tiba-tiba dah November. Apa jadi ek bulan ini? Aku rasa macam takda apa sangat.  Macam biasa buat lab work, focus on thesis yada yada yada. OH JAP! Malaysia just got a new Prime Minister. Wuhoo! Excited kan jadi first time voter lepastu dapat tukar kerajaan. And jari kena celup dengan dakwat kekal. Sampai sekarang ada lagi stain kat kuku jari telunjuk kanan (22/1/2023) aaaaand book ban buying! Berjaya ke? Mestilah tidak kekekeke. Lemah betul iman! Macam senipis kulit bawang ya urgh. Fail fail fail. Aku beli apa eh? Aku pun dah tak ingat. Dalam semua happy happy, ada juga rasa sedih terjah. 

One of my favourite public figure? influencer? maybe someone yang I can claim that I kenal telah meninggalkan dunia. Ya, arwah telah pergi meninggalkan kami 2 hari sebelum beliau menyambut hari lahirnya yang ke-26. Mashallah. Begitu cepat Allah tarik dan begitu pendek hidup di dunia ini. Aku juga turut terasa tempiasnya. Dalam hati ini aku sedih. Aku tak boleh nak menangis melalak maka aku tulis sebuah puisi.

Bagi aku, fasa diwaktu umur sekarang, aku sangat sangat sensitif dengan kehilangan. Aku tak boleh bila orang yang aku sayang or idola pergi untuk selama lamanya. Walaupun arwah dan aku tidak kenal rapat tapi kami pernah bertukar mesej beberapa kali di DM. Bila aku tahu dia dah pergi, I refused to believe at firdt. In denial. Tapi bila it's all over the news.....aku tahu dunia tak tipu. Tiada siapa yang perlu yakinkan aku kecuali diri aku sendiri. *Al fatihah Alin*


Yes finally we reach the end of 2022. . . . how time flies. . .

Hari yang ditunggu telah tibe. Submission thesis? Yep yep. Include la sekali walaupun sebenarnya 5/1/2023 tapi pressurenya sebulan lol. Apa yang aku excited ialah pasal FESEM. Ya! sebenarnya aku excited sebab fesem sebab nak tengok how my coated sample looks like under fesem. Kau google la fesem tu apa nyah aku malas nak explain. Sis is tired sis want to give up on life. 

Lawa juga
sample aku. Adalah rupanya. Dan Pesta buku Selangor you allz. Ya Allah setahun aku tunggu pesta buku ini sejak aku pergi tahun lepas punya yang berlangsung di SACC. Kali ini dorang buat kat MBSA Shah Alam. Happy Yuhuuu sebab dekat. Aku ini kalau nak pergi event hanya pergi within my radar je. Gitu la. Takmo pergi jauh jauh. Tak sanggup nak drive jauh jauh stuck dalam jammed bersesak dengan orang ramai lagi.

Kali ini aku pergi sampai dua kali tau. Kali pertama pergi dengan abang, kali kedua pergi dengan abah. Dua kali pergi tetap membeli yeeee. Buas ini anak. Tapi beli satu buku je kali kedua sebab masa pergi kali pertama buku tu tak sampai lagi. Total buku aku beli untuk PBS hanyalah 9 buah buku. Fuhhh gigil. Ingatkan dah habis dah membeli tapi tidak. 2 orang author yang aku kenal in my wattpad phase decided to publish their books. Kaf and Love,Yours. Walaupun dah baca time kat blog and wattpad tapi masih ye membeli. Support gitu. Kaf sebab ini first time El publish her own books. While LY pula buku tu comfort and lightweight je storyline dia. Aku rasa nak reread balik kalau dah lepas baca something heavy.

Oh and finally abah finally decided to bersara awal. Yes geng after 39 tahun bekerja. Akhirnya tiada lagi abah yang balik lambat, bawa fail balik rumah dan malam pun masih menghadap laptop. Cuma hari hari bapak aku keluar tak tahu la kita dia pergi mana. Healing kot. Hahahaha. Biasalah dah terbiasa kerja so bila nak tukar routine tu ambil masa. Ada jela alasan pergi situ la sini la. Mengalahkan aku yang kuat jalan.




Alhamdulilah. . . 
untuk semua yang terjadi pada tahun ini (2022). I'm onto better things for 2023. Ya Allah permudahkanlah urusan aku.



,u12