Sunday, June 19, 2022

2022 recap (Part1): MSc, expired film, Raya22, MSUconvo dan interview SPP

Hello hello pe cerita? What is up gang ๐Ÿ’ญ

Last update masa bulan Ogos tahun lepas, know know sudah masuk tahun baru iaitu 2022. 2022 Januari ya pastu tiber eh dah masuk half of 2022 (current date: 7/6/2022) What the heck!!!? ๐Ÿ˜– Otak dia! cepat betul ek masa berlalu. Macam tu je. . . . disebabkan macam itu aku pun tergerak hati nak update blog he he he. Banyak kali dah sebenarnya teringat nak update walaupun tiada siapa pun yang baca blog sendu aku ni hu hu hu. Tapi I did it for fun, for my future reference camtu *peace*.

Okay seperti tajuk diatas yang panjang, marilah sama sama kita kupas satu satu. Yep you and me baby!Banyak benda sebenarnya berlaku tapi alhamdulilah so far benda baik sahaja (kot) (for me). My parents and family alhamdulilah sihat. Alhamdulilah syukur bila fikir balik nikmat yang Allah bagi. Boleh lagi teman parents jadi driver (third-wheeler) dorang bila pergi mana-mana ashtu paw dorang duit upah cukai ehek.

And then, tahun lepas aku ada mention yang aku apply 2 universiti untuk sambung belajar, one is DPLI and another one Master. Yang DPLI tu aku tak dapat *sobsobsob* sedih tau sebab baru nak feeling-feeling study jauh kena pergi utara ๐Ÿ‘€. Yang baru-baru ni pun apply DPLI juga untuk Uni lain pun tak dapat. Haaaaaaaih apakehenya rasa cam tak bertuah, nak mandi bunga la macam ni lol.

Untuk Master? Alhamdulilah dapat enroll. Yes! I guess I'm back to being a full-time student huh? Now know-know dah masuk semester 2! Terkejut tak? Lol.  How master so far? B-a-r-e-ly breathing hahaha semput ~ ~ ~ menaip thesis, cari journal baca journal, pergi lab buat experiment, apply for UPTA while being a full-time daughter ๐Ÿ’ค also trying to live in my best 20's live. gituuuuu.

Jom la kita throwback sikit masa awal-awal masuk, semester 1 last year. Semester 1 masih belajar online (ODL).  Classmates total ada erm erm erm 4 orang je ๐Ÿ˜‚. Semester 1 kelas lagi meaning kena attend kelas, siapkan assignment, presentation dan kena handle event based on assignment or coursework given. Tak banyak pun subjek cuma 4 saja. 3 subjek tekstil 1 subjek research method. Subjek research hari khamis bergabung dengan budak bio while untuk subjek tekstil kelas on weekend start dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 tapi paling awal kitorang habis pukul 4 lebih kalau takda rehat. So every Sabtu memang dapat a day of free pass from parents. Memang tak masak and tak tolong langsung tau buat kerja rumah. Habis kelas dalam pukul 5 camtu bateri body pun low, kepala apalagi berasap la nak nak belajar subjek qualitative and quantitative huhu.

               

Ada pula hari kena naik K.T. pergi melawat adik teman parents. So dengan laptop beg, buku nota dan pocket wifi kita angkut semua. Sampai sana buka laptop dalam kereta dengar lecture pasal regression kat excel. Ceritanya memang tak masuklah. Masuk telinga kiri suara Dr. keluar telinga kanan. Tak fokus nak dengar family berborak serentak dengan lecture. Last2 minta excuse cakap "Sorry Dr saya kat K.T.  dan bateri laptop saya dah habis nanti saya catch up dengan classmate" Settle! So far naik K.T. dah nak masuk 5 kali tau, yeeee aku siap kira. Naik K.T. lagi kerap dari balik kampung sendiri hahaha. Camtu la kalau ada anak bongsu pastu study jauh๐Ÿ˜Œ.

Disebabkan itu, aku ada develop minat baru iaitu camera film mm35. O-M-G! loooooooove sangat. Mula mula tengok kawan selalu guna camera ini dan gambar yang dia tangkap turned out caaaaantik sangat, very aesthetics, old school, vintage gitu dan aku pun apa lagi beli la satu. Beli semua kat Shopee. From camera, film and develop picture tu. Post film guna Poslaju nanti seller tu scan dan email balik pada kita gambar-gambar yang kita ambil. Aku suka guna camera ni bukan apa, sebab teringat dulu time kecik banyak sangat kenangan pergi jalan-jalan dengan family, dengan bibik Sofea, kat rumah lama dan macam macam lagi lah kenangan guna camera ni. Ada gambar yang parents tolong ambilkan pun cantiks okay. Parentsku lagi pro okay!




Ini adalah some of the photos. Not bad kan untuk first timer dan ada je gambar yang tak jadi. Yang tu kita tak payah lah tunjuk. Kita simpan untuk penyesalan dan pengajaran๐Ÿ˜”. Masa nak tangkap gambar tu aku cakap terus terang memang pakai niat dan redho jela. Sebab everytime kita tangkap, kita tak boleh tengok balik tau gambar tu macam kita tangkap guna smartphone so memang aku redho dalam hati cakap "harap harap cantik la gambar ni". Bukan apa sebab film tu sendiri mahal. Kalau gambar tak jadi ke rosak ke memang nangis la wei (tak nangis cuma sedikit sedih ok!) 

Next, mesti satu Malaysia kena scam kan raya terkejut๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Sama la dengan kitorang!!!!. Semua ingat raya hari Selasa kan tup tup tup announcement cakap Isnin. Haa gelabah la semua. Family kitorang pula memang plan asal balik Ahad, sebab nak kemas rumah nenek di Umbai lepastu nak sahur, puasa dan berbuka la konon kononnya Isnin tu. Tiba di-announce-nya raya, terus tukar plan tak jadi tidur kat Umbai. Kami bertolak pergi rumah Peringgit. Sudahlah time tu aku baru je habis mandi lepas dapat berbuka makanan sedap ikar bakar dan air kelapa. 1 Syawal tahun ini giliran rumah Wan di Peringgit. Rumah Wan pula macam takda orang sangat tahun ni sebab keluarga masing-masing pun raya ikut giliran. Tapi penat jugak lah malam raya tu sibuk mengemas rumah dan hidang orang takbir datang. Nak patah pinggang woi berdua je kemas dengan kakak saudara. Disebabkan petang tadi dah menyapu mop kemas bilik di Umbai then malam kemas rumah and dapur Wan. 


Tetapi, tengok dekat Instagram, Tiktok ke Twitter memang semua orang gelabah tau. Gelabah start masak rendang, kemas rumah, isi kuih raya dan sebagainya. Ada yang kelam kabut start nak gerak balik kampung dan ada yang nak Subuh baru nak masuk tidur. Bila pagi raya macam biasa lah kita salam-salam tapi disebabkan rumah Wan tak ramai orang balik ayah dah siap siap tempah nasi tomato dan ketupat yang dah siap rebus. So yang tukang jual tupun lepas Subuh macam tu dia datang hantar. Kesian dia kan mesti dia pun kelam kabut nak siapkan order dari customer lain. Kitorang punya order pun ada silap dimana dia terlebih hantar kuantiti ketupat dari sepatutnya.

Pendapat aku tahun ni raya macam kurang meriah sikit sebab tak dapat nak jumpa makcik pakcik dan saudara-mara yang lama tak jumpa disebabkan dorang beraya ikut giliran tapi untuk belah mak alhamdulilah dapat ziarah semua. Biasalah raya terkejut kan memang time ziarah tu semua muka nampak penat. Kena masak rendang, rebus ketupat express HOHO. 

Baru baru ni abang pula convo. Akhirnya wehhhh lama ek parents tunggu anak sulung naik pentas untuk konvokesyen. #YTJT >,<. Lama dah tunggu. Ada dia kata taknak pergi majlis konvo tu tapi ayah pujuk la cakap nanti takda kenangan. Dahlah dia dulu matrikulasi, so bila sambung degree ni dapatlah pakai jubah tangkap gambar. Tapi sesi dia kena pula sesi petang so memang panas ye rakan-rakan. Dengan tempat duduk yang limited aku memang lepak surau sajurrrr. Surau MSU sejuuuuk ada aircond. 

Okay apa lagi eh๐Ÿ’ญ๐Ÿ’ญ๐Ÿ’ญ. Oh hari itu aku dapat interview untuk SPP di Putrajaya. Masa itu dalam minggu pertama puasa so okay lagi. Tapi kitorang gerak awal juga like lepas Subuh tu terus gerak sebab nak elak jam. Kalau bulan puasa kan masing-masing keluar awal lepas sahur so nak elak jam and lambat memang just nice je sampai parking sana dalam pukul 7.45am. Memang ramai tau orang beratur. Pengalaman temuduga tu aku ada tulis separately on the next entry. 

Sekian.

,u12