Monday, April 01, 2019

vin rouge

Jam ditangan menunjukkan jarum 10 minit pukul 8. 8pm. Majlis bermula pukul 8pm.
Rambut didandan rapi, Pakaian bewarna merah hati. Ditempah khas dari pereka fesyen lokal. Perinciannya lawa dan kemas. Aku suka bahagian belahan pada peha hingga ke bawah. Kasut tumit tinggi 4 inci aku sarung. Aku bukan peminat tegar kasut tumit tinggi, kalau bukan acara malam ini, mungkin sekarang aku pakai sneakers. Minyak wangi jenama bermula dari huruf S, Antara minyak wangi kegemaran aku, aku sembur. I'm ready!

Malam ini kami-- terdiri daripada aku, Danny, Bella dan 2 lelaki yang aku baru kenal setengah jam yang lalu Fred dan Gee. Mereka berdua kawan Danny atau lebih suka digelar Dan. Kami berempat masih di suatu sudut tempat letak kereta bawah tanah sedang menunggu Bella. Aku mula naik bosan dan tanpa sengaja mengeluh. Dan yang sedang merokok sesekali melepaskan hembusan asap rokoknya mengerling ke arah aku dan sengih " Rilek la, ada 10 minit lagi...tak lari punya barang tu.."

Aku mengalihkan pandangan aku ke arah barang perhiasan di tangan dan jari aku. Aku mengusap perlahan gelang aku. Aku sayang, aku suka susunan batu dan kilauannya setiap kali ia terpantul cahaya. It's freaking diamond, who would'nt?  Walaupun ia hasil haram kerja kami. Haram. Huh. Sejak bila kau kisah pasal haram dan halal. Cincin di jari manis aku putar, sesekali aku keluar dan pasangkan ia semula.

Cincin ini...

"This is nothing but...I taknak you freak out.. this....this is not proposal ring.. but this is promise ring.." Cincin di dalam kotak baldu itu aku usap, aku suka. Dia masih memandang aku dengan pandangan yang mengharap. Dia nervous. Aku jadi geli hati. Aku diam. 

Aku sahaja mahu menguji dia."Kalau.... *berdehem*....kalau you taknak it's okay... silly me..I just...I jalan jalan haritu then I ternampak this beautiful ring and.." belum sempat dia habiskan kata kata, aku usap pipi kanannya dengan telapak tanganku. "I suka.....I suka gila okayy...hahahaha" Dia senyum sampai ke telinga. 

Kedua dua tangan aku dibawa kebibir, dicium dan kemudian dia pandang aku " Wait for me, I..I janji one day, you akan jadi milik I sepenuhnya, I nak you tahu, jauh mana I pergi..." sambil kepala dia dongak ke atas memandang langit ".. I takkan lupakan you, Kita dibawah langit yang sama, bulan yang sama..." pandangannya jatuh ke mata aku.

Tiba tiba dari jauh terdengar suara pecutan roda. Bella sampai. Fred dan Gee yang dari tadi duduk dalam kereta keluar. Bella keluar dari kereta. Rambutnya tersanggul rapi. Pakaian dia lebih kurang seperti aku cuma pada bahagian dada lebih longgar menampakkan bahagian lurah. Belanja

"Asal lambat? Kan kena sampai 10 minit awal". Dia jeling aku " Hmm, chill kay, event tu start pukul 8. Apa masalah you? berkerut, nampak cakey makeup you ". Okay whatever la perempuan.  

Kami berlima semua dah siap sedia. Time to hit the floor baby. Aku betulkan rambut aku. Aku pandang Dan dan sambil melangkah Dan mengenyitkan mata pada aku. Fre dihadapan membuka pintu. Gee di belakang Bella. The rule is simple.

What ever happens tonight just...
don't get caught.





melati 3A/u12,