Thursday, November 28, 2019

2018 , memory lane

and they said what happened to last year, stay last year...so here goes my summary of 2018:



Januari
  • Aku mengaku pada W yang aku suka dia lebih dari kawan tetapi dia tolak aku atas alasan yang bernas. Aku terima. Kami masih berkawan
  • Pergi pekan Pilah dan makan makan dengan hosmet untuk bukan kali terakhir. Dalam masa 4 tahun satu rumah, baru kali pertama kami ada gambar bersama. Complete 6!. Ya kami w e i r d o s.
  • Alhamdulilah dapat habiskan semua paper walaupun aku dan beberapa rakan yang lain ada tersangkut 2 paper. Lega, inshallah G.o.t (grad in time).
Februari
  • Mohon Latihan Industri (Praktikal) di tempat yang berdekatan dengan rumah. Betul-betul 5 minit dari rumah. Pergi, tapi cuma dapat bertahan 3 hari sebab tak mampu untuk penuhi ekspetasi orang. Sigh.
Mac
  • Praktikal di tempat sebelah ofis Ayah. Seronok. Kadang kadang kami makan sekali. OK, cuma aku rugi sebab tak dapat timba pengalaman sepenuhnya. Kerja aku banyak depan komputer padahal khusus aku lebih kepada apparel and retail. Ini juga kali pertama aku bawa kereta sepenuhnya sendiri  selepas dapat lesen tahun lepas. l o l. Mula mula agak kekok nak park pun senget benget, terlebih kotak kiri/kanan. Lama lama laju berdesup sampai lampu kuning itu sempat sebenarnya ya rakan rakan kalau kita pecut (jangan tiru aksi ini).
  • Peperiksaan MUET
  • Mohon penerapan untuk sambung Ijazah Sarjana muda.
April
  • Praktikal.
  • Temuduga ujian MedSi 
Mei
  • Praktikal
  • Persiapan untuk perbentangan kali terakhir untuk Latihan Industri dari segi logbook, laporan dan mini project dan mungkin kali terakhir jumpa kawan kawan yang lain T.T
Jun
  • Perbentangan Latihan Industri. Pertama kali bentang seorang diri depan pensyarah pensyarah dalam DK200. DK200 stands for 200 seats of people watching you and Alhamdulilah I survived and they like my mini project and so on.
  • Menunggu keputusan peperiksaan akhir. Alhamdulilah lulus. GOT guys🎉🎇!!!
  • Belajar menjahit Baju kurung pesak sepasang 
Julai
  • Belajar menjahit dan mengambil masa 2 bulan untuk siapkan baju dan kain. Almaklumlah first timer.
Ogos
  • Menunggu tawaran penerapan. Alhamdulilah dapat sambung Ijazah 
September
  • Sambung Ijazah dengan kawan kawan noob yang lain. Eh! muka kau lagi >.<
  • Berkenalan dengan rumet baru (untuk satu semester sahaja duduk seiblik). Af, Na dan Sya.
  • Ambil ujian SPA (online)
  • Struggle dengan kehidupan degree. Rasa terumbang ambing sekejap sebab baru nak suaikan dengan suasana baru. Ada satu masa aku jatuh terluka sikit dekat lutut kanan, tak sakit pun tapi mungkin sebab suasana sendu hiba sebak, aku menangis dalam bas sambil rakan rakan gelak dan pujuk aku. Kawan baik dia gelak dulu baru pujuk tau -.-
Oktober
  • Temuduga SPA di Putrajaya. Abah temankan.
  • Mohon UPSI dalam khusus Pendidikan Awal Kanak Kanak
November
  • Permohonan SPA gagal
  • Masih lagi struggle untuk degree, Hari hari jadual keluar 7.30 pagi sampai bilik 7.00 petang. Jadual dia kelas pukul 8 sampai 12 lepastu gap, pukul 4/5 ada kelas balik. Masa banyak habis  dekat facs and ptar (sobsobs)
Disember
  • Permohonan ke UPSI gagal (ini heartbroken teruk)
  • Peperiksaan akhir.
  • Pertama kali buat kejutan sempena harijadi Ayah, tapi reaksi Ayah beshe beshe sebab kantoi dekat part tiba tiba dia nampak kasut aku kat luar rumah. C i s. Bijak!






,u12/Pejabat Kolej Melati