Sunday, November 17, 2019

konflik

Semua orang diam barangkali trauma dengan apa yang terjadi tadi. Aku tidak mampu untuk seka air mata umi. Raut wajah umi nampak kecewa. Abah pula diam dan seperti sedang berfikir panjang. Dia seperti sedang menyalahkan diri sendiri kerana menyerahkan satu satunya  anak perempuan yang dia miliki ditangan orang yang salah.

Aku pula diam tidak berkutik. Lebam dipipi ini bakal mengambil masa dua minggu untuk pulih. Aku tidak tahu bagaimana reaksi kawan kawan tempat kerja apabila mereka melihat muka aku yang seperti 'kanvas' bertompok biru dan merah. 

Emosi dan fizikal aku sakit. Aku masih lagi mencerna apa yang telah berlaku. Sakit sakit pun tetapi perasaan sayang itu masih bersisa. Inilah perempuan bodoh bila sedang bercinta. Disuap janji manis bernama lelak dan dikenyangkan dengan mimpi mimpi fantasi.

Mana mungkin cinta yang selama ini aku pupuk dan baja aku buang begitu sahaja. 6 tahun itu satu tempoh yang panjang. Jika pasangan yang sudah berkahwin, pasti sudah dikurniakan seorang anak berusia 6 tahun. Jika orang yang sedang belajar pasti sudah menamatkan tempoh pengajian dan bergraduasi. Tetapi aku, di dalam satu hubungan 6 tahun masih belum ada hala tuju.

Apa yang aku dapat dari hubungan 6 tahun ini hanyalah sakit dipipi, bibir yang pecah dan pergelangan tangan yang merah. Aku ditunjal kepala, dimaki seperti perempuan sundal dan diikat seperti lembu  atas alasan Cinta dan kerana rasa sayang...

Dua jam yang lalu raut wajahnya masih aku ingat. Kami berdua di dalam kereta merah kepunyaan dia. Dia ditempat duduk pemandu seperti orang yang hilang akal. Matanya merah, dia membentak bentak pada aku seperti anak kecil yang mahukan sesuatu yang aku tidak boleh beri. Berkali kali aku cuba menjawab pertanyaannya berkali kali itu dia menengking menyuruh aku diam. 

Aku disuruh jujur, disuruh berterus terang namun dalam proses itu belum apa apa aku ditendang. Kepala aku ditarik kasar, tudung aku bergerak kebelakang dan anak rambut dibahagian hadapan aku terkeluar. Ketika aku dalam keadaan bersusah payah mahu menjaga aurat, ketika itu dia bertindak untuk 'menyerang' aku dengan lebih kasar.

Demi Tuhan dengan kudrat wanita aku, aku tidak bisa melawan tenaga lelakinya. Sebelum dia mahu melanjutkan lagi perbuatan itu, cermin kereta ini dieketuk oleh ibu bapa aku. Aku berlari keluar memeluk ibu dan menangis dibahunya. Dari celahan bahu ibu, ayah sedang mencuba menahan marah dan menghalaunya dari perkarangan rumah kami serta mengugut untuk tidak datang dekat lagi dari keluarga kami.










it's over...finally it's over because it just one of my nightmare. it feel so real :(

,u12