Tuesday, August 14, 2018

putra

Suasana yang riuh rendah diselang seli dengan suara manusia berborak, gelak mengilai bertepuk tampar mesra bersilih ganti dengan ucapan tahniah serta pinggan dan gelas kaca yang berlaga disusun cermat oleh pelayan majlis. Ada yang beratur mengambil makanan, ada yang tunggu disudut manisan dan selebihnya sedang menikmati lauk pauk majlis. Majlis? Majlis kahwin? Majlis entah siapa, Aku pun tidak sedar bila aku dijemput. Tahu tahu aku di dalam dewan yang besar megah dan sedang berdiri di hadapan pelamin.

"Lawanya..." bisik hati kecilku. Tersengih dan menggeleng kecil. Entah apa apa. Tapi siapa tak mahu wedding of the year begini. Semua perempuan mahu. Kahwin dengan lelaki pilihan sendiri, pujaan hati, mendapat restu satu famili, bercinta macam dunia ini punya kami. But, it takes more than that. Marriage take a lot of that. Apa apa pun Si Wedding Planer menjalankan tugas dengan bagus. Dari pintu gerbang masuk, berbentangkan karpet merah sampailah ke pentas . Dekorasi yang unik. Bertemakan ala ala fairy tale. Banyak sangat lampu lampu kelip kelip. Ada chandeliar di tengah tengah dewan dan pada bahagian pelamin terdapat lampu putih berjuntai juntai. Manakala di sekeliling pelamin pula terdapat bunga segar. Perasaan aku turut begitu. Ermm aku tarik nafas. Wangi!

Tiba tiba tangan aku ditarik seseorang. Untuk pertama kali aku ikut tanpa banyak soal. Again...siapa punya majlis ni? Mana pengantinnya? Pelamin masih kosong. Rasa clueless, blur dan terpinga pinga. Tangan aku dilepaskan. Aku berdiri betul betul di hadapan pelamin. Bukan aku pengantinnya. Pakaian aku terlalu "simple". Tangan dan jari aku bersih tanpa inai. Aku lihat bawah dan teliti baju yang aku pakai. Baju ini dihiasi manik ringkas di bahagian badan dan renda atau sulaman di bahagian lengan. Cantik!

Kemudian aku pandang ke hadapan semula dan aku disapa oleh seorang jejaka rambut pacak atas berkulit putih langsat senyum menampakkan lesung pipit kirinya, menghulurkan sejambak bunga. Aku jadi malu dan tersipu namun masih mengambilnya. Otak aku ligat berfikir. Siapa dia ini? Kita macam sudah lama kenal tapi baru pertama kali ini berjumpa. Mungkin dia tuan rumah kepada majlis ini? Pengantin? Tapi dari gaya bukan. Mungkin juga salah satu tetamu undangan seperti aku.

"Untuk awak". Aku tersentak, riak wajahnya bersahaja dan sedikit senyuman dikoyakkan untuk aku.  Satu perasaan menyusup. Ikhlas. itu yang aku rasa. Secara tiba tiba memori membawa aku kembali ketika kami berusia 9 dan 10 tahun. Innocent, pure and....cute (?). Tetapi tidak banyak yang boleh aku singkap dari situ. Cuma memori kami menaiki van yang dibawa oleh Makcik Maznah pergi dan balik sekolah suatu ketika dahulu. Waktu itu masing masing tak mampu bertentang mata seperti sekarang, apatah lagi untuk memberi dan menerima sejambak bunga. Kita masih kecil untuk faham tetapi dewasa membawa kita bertemu di majlis perkhawinan. Majlis orang.

Aku balas senyuman itu seraya dengan itu aku ucap "Thankyou"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan kemudian aku tersedar dari mimpi. Ini cuma mimpi.


( The dream was very simple but I guess I had to put emotions and beautiful words on this because I wanted to try something new especially on my writing)