Wednesday, June 20, 2018

aquaman

Badan dia tegap penuh tatu. Mulai dari bahagian dada, abdomen 6 petak hingga paras pinggang
Rambutnya jatuh ke cuping telinga mencecah ke leher kerinting kasar dan berwarna koko
Mata yang redup memandang aku, biru dan ada kelabu.

Kemudian aku tersedar. Sekeliling aku cuma biru. Tiba tiba aku diangkatnya dengan dua tangan paut badan dan bawah lututku. Tersentak dan refleksku cuma pantas merangkul lehernya dan menyandarkan sedikit wajahku pada dadanya. Perasaan yang sungguh nyaman....

Laju. 
Dia bawa kami terbang.

Keluar dari permukaan air paling dalam hingga ke atas biru awan . Kemudian dia menghilang. Aku keseorangan, menggigil. Tempat ini sangat asing. Keadaan di sekeliling sangat bingit dan pekik. Langit berdentum meletup letup diselang seli bersama kilat dan petir. Bukan tanda hujan turun tetapi lebih kepada hidup dan mati antara dua orang.

Secara tiba tiba aku ditolak dari belakang. Aku tidak sedar sebelum ini aku berada di atas puncak paling tinggi. Aku jatuh terjunam tergapai kedua tangan mencapai. Adrenalin hormon mula menyuntik. "Tuhan...apakah?" bisik aku.... Aku tak mahu mati lagi lebih-lebih lagi dengan cara begini. Aku pejam mata dan teriak nama dia.

Dan sekali lagi, dia datang. Bawa kami terbang dan selamatkan aku di tempat paling selamat. Di darat. Dia bisik "Awak selamat sayang, You're gonna be safe and sound" Aku terkebil namun belum sempat dia terbang lagi laju aku capai pergelangan dia "Jangan pergi awak. Please....Bahaya."

Aku cuba pujuk dia dengan nada merayu dan perasaan yang sukar ditahan. Entah mengapa. Dia geleng perlahan tersenyum kecil sambil meleraikan peganganku dengan lembut. Terus dia terbang tinggi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

and Lord knows what happened cause after all it just a dream. This is what you get after reading 3 novel on Wattpad for non-stop and sleep on Asar. Sedihnya............................T.T

,u12