Okay, bila aku tengok draft post aku kan, draft tersebut adalah pada September 2023. Honestly dah berhabuk ya blog ini. Maafkan saya T.T. Secara jujurnya aku yang sekarang dah macam takda life. Haritu aku pernah berdoa "Ya Allah, nanti kalau dah kerja, bagilah aku betul-betul busy sampai aku takda masa nak keluar dengan kawan ke apa. Biar lah aku duduk rumah rehat"
Nahhhh ambik kau!💥 macam termakbul sekejap apa yang aku doakan itu huhu.
Aku terus masuk cerita saja ya sebab aku takut hilang momentum dan semangat yang aku ada untuk update life aku sekarang.
Untuk sekarang. YA aku masih single! bahahaha. Awal tahun Januari hari itu, aku hampir nak jadi somebody's partner. Tapi malangnya, dia yang tak ready nak commit. Parents, umi abah macam excited aku pergi dating lol. Tapi balik-balik je nampak muka kecewa aku terus abah cakap "takpa la...takyah fikir lagi" dan sejak dari kejadian itu aku berazam bab-bab jodoh ini biarlah abah carikan. Disebabkan aku pun memang takda masa nak commit. Mesti yang membaca ini pun letih dengar aku duk ratib "takda masa" "takda life" Betul korang.
Bercinta ke apa ke yang melibatkan perasaan ini memerlukan commitment. Macam kau bayar kereta bulan-bulan. Dan aku pun tak rasa aku nak fully commit to one guy yang aku sendiri tak tahu pengkahiran kami macam mana. Membazir. Pum pam pum pam bercinta tapi tak berakad pula. At this point of life rasa macam nak caribakal suami yang boleh ajak kahwin terus. No try and error or no funny business whatever cause we are too old for that. Maksud aku commit to one guy tu bukanlah nak cakap 'testing water' ke apa tapi ha faham-faham la ya. I just don't have time and energy for that😖.
Sekarang aku sambung belajar balik. Suprised? Not at all. Aku pun dah tak ingat kalau aku pernah cerita ke tak pasal dpli ini. Tapi aku pun dah masuk semester 3 which is my last semester dan aku tengah ber-praktikum di sekolah yang sama aku bekerja. Tired? Yes I am. Dua minggu yang pertama ini agak perit bagi aku. Kena perli kena kecam. Hanya Allah sahaja yang tahu berkecamuk luruh perasaan hati ini. Praktikum jadi cikgu perdana belah pagi. Jadi PPM belah petang. Kalut nak buat rph, bbm, kemas kelas and so on. Aku rasa aku macam dah membebankan kawan-kawan yang lain sampai timbul isu yang tak enak. Aku cuma harap orang sekeliling boleh bagi aku masa 12 minggu untuk aku berpraktikum dengan aman. Itu je. Aku ini dah dalam fasa unbothered and what ever happens, happen la. Aku pun memang hati kering dari dulu dan tak kacau orang. Tapi orang macam aku yang tak kacau orang ini la yang kena juga tempias.
Apa lagi ya cebisan kejadian hidup? Nothing interesting happend. So far ini jela big event yang berlaku dalam hidup aku. Apis masih belajar medic, Abang...oh Abang dah bertunang hehe. Alhamdulilah keluarga bakal kak ipar saya sangaaaaat baik ya. Love ibu ayah💖. haha. belum apa-apa aku dah over kan? Abang dah bertunang, tengah sambung master and masih lagi seorang cikgu. Umi... haaa umi dapat pegang jawatan baru. Mak saya kan, mestilah power hehe. Akhir sekali, abah. Abah masih lagi duduk rumah enjoy life pencennya.
Haritu kaki lutut abah sakit sampai tak boleh berjalan. Aku down sekejap sebab abang balik bawa abah pergi klinik naik grab. Allahu... rasa macam anak tak guna pula bila parents kena pergi klinik naik grab. Sepatutnya aku kan yang bawa? Aku yang paling dekat and duduk dengan umi abah tapi abang balik bawa abah pergi klinik. With all these happend, serius rasa otak macam sedih and down untuk seketika.
Aku nak mohon pindah ke sekolah yang dekat dengan rumah tapi tak tahu la dapat ke tak sebab aku pun belum sah dalam perkhidmatan 3 tahun lagi. GB pula macam sayang je nak lepaskan aku (yeke lol).
Okay, itu saja. Bye!
,u12
Oh ya...selain dari azam aku yang panjang-panjang itu, ada satu lagi iaitu aku nak hidup. Hidup dengan tenang, aman, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. sebab aku selalu rasa nak end life. maafkan aku ya Allah andai kerap sekali timbul rasa begini... berikanlah aku kekuatan...